Cerita Kami
Telaga Biru Digital Sdn. Bhd. 202201021294 (1466991-M) telah diperbadankan di Kuala Lumpur pada 15 Jun 2022 di bawah Akta Syarikat 2016 sebagai sebuah syarikat persendirian berhad oleh saham Telaga Biru Digital Sdn. Bhd. sebuah anak syarikat Telaga Biru Holding Sdn. Bhd. dan memegang hak harta intelek untuk mendigitalkan semua kandungan Telaga Biru Sdn. Bhd. melalui Pendidikan Islam (EdTech) serta mempromosikan gaya hidup Muslim menerusi platform digital. Kami menyediakan kandungan berkualiti tinggi melalui platform yang hebat, tangkas, dan dinamik serta melahirkan generasi profesional mu’min melalui pembelajaran sepanjang hayat.
MISI 🎯
Mewujudkan platform komuniti Muslim terbesar di dunia melalui Pendidikan Islam (EdTech) dan gaya hidup Muslim.
VISI 🔍
Membangunkan transformasi tangkas dengan kandungan berkualiti tinggi melalui platform bertaraf dunia dalam melahirkan generasi profesional mu’min melalui pembelajaran sepanjang hayat.
AHLI LEMBAGA PENGARAH
DATUK DR. HAJI ZAHAZAN MOHAMED

(D.P.S.M) Director / Advisor
Bergraduasi dengan Ijazah Doktor Falsafah (PhD.) dan Sarjana (MA) dalam Linguistik dari Universiti Malaya. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab dari Universiti Yarmouk, Jordan. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Berpengalaman dalam mengendalikan kursus Haji dan Umrah di tanah suci Makkah serta diperakui oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia. Beliau aktif dalam penerbitan buku di bawah Telaga Biru Sdn. Bhd. serta merupakan kolumnis di Utusan Malaysia, Berita Harian, dan majalah seperti Solusi, Nur, Muslimah, dan lain-lain. Beliau juga sering diundang dalam kuliah agama dan program televisyen seperti Tanyalah Ustaz, Motivasi Pagi, Al-Kuliyyah, Jejak Rasul, Al-Halaqah, dan Forum Perdana Ehwal Islam. Selain itu, beliau merupakan penyampai tetap bagi segmen Kuliah Tafsir di radio IKIM fm. Kini, beliau turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
NOR AZRI JALEL

Director / Chief Executive Officer
Nor Azri Jalel bergraduasi dari Universiti Teknologi MARA dalam bidang Diploma Analisis Pelaburan serta memperoleh sijil LCCI. Beliau memiliki pengalaman profesional selama 23 tahun; 10 tahun dalam pelbagai peranan dalam industri kewangan, perbankan, dan insurans termasuk di Maybank, Bank Rakyat, Standard Chartered, dan AIA Berhad. Fokus utama beliau adalah dalam perbankan pengguna dan interaksi pelanggan, menjadikan kepuasan pelanggan serta pengurusan hubungan sebagai keutamaan. Sejak 13 tahun lalu, beliau berkhidmat di Telaga Biru Sdn. Bhd., memainkan peranan penting dalam membangunkan Telaga Biru Education yang menjadi penyumbang terbesar kepada kejayaan syarikat. Beliau mengetuai penerbitan lebih daripada 51 buku teks dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan JAKIM. Selain itu, beliau berpengalaman luas dalam kerjasama perniagaan korporat termasuk dengan King Salman Global Academy for Arabic Language (Arab Saudi), Japan Foundation (Kuala Lumpur), Makeblock Ltd. (China) dan banyak lagi. Kini, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Telaga Biru Digital Sdn. Bhd. dan memainkan peranan utama dalam pembangunan strategi perniagaan serta operasi, memastikan transformasi kandungan Telaga Biru ke platform digital untuk manfaat pembelajaran global.
TUAN HAJI IQBAL AB WAHARP

Director / Advisor
Tuan Haji Iqbal bergraduasi dari Politeknik Ungku Omar, Perak dalam bidang perakaunan. Beliau mempunyai pengalaman lama bersama Telaga Biru Sdn. Bhd. sejak tahun 2005 hingga kini, bermula dari bahagian inventori, operasi, dan pemasaran sehingga ke pengurusan tertinggi dalam sektor penerbitan. Dengan pengalaman luas dalam dunia korporat dan perniagaan, beliau telah menguruskan kerjasama dengan syarikat-syarikat ternama Malaysia seperti Ade Azhar Trading Sdn. Bhd., Inteam Publishing Sdn. Bhd., Tarbiah Sentap, Aiman Banna, Chef Ammar, Iman Publication, PTS, Minsyam, Galeri Ilmu, Mustread, Humaira, Muniff Hijjaz, ANGKASA dan banyak lagi. Beliau juga dilantik sebagai penasihat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam sektor penerbitan bagi tahun 2023 – 2024. Kini, beliau dikenali sebagai Penolong Pengurus Besar di Telaga Biru Sdn. Bhd. dan memainkan peranan utama dalam pembangunan strategi perniagaan serta operasi, memastikan fleksibiliti dalam menghadapi perubahan industri penerbitan di Malaysia termasuk TELAGA BIRU DIGITAL SDN. BHD.

LOGO SYARIKAT

LOGO :
Huruf Arab terdiri daripada "ت (T)", "ب (B)" dan "د (D)" yang merupakan terjemahan langsung daripada "T dalam Telaga", "B dalam Biru" dan "D dalam Digital".
WARNA
Warna ungu melambangkan kreativiti, kebijaksanaan, dan keunikan jenama kami.
SIMBOL INFINITI
Simbol infiniti melambangkan keabadian, pelbagai kemungkinan, dan potensi pendidikan tanpa batas.
Contact Us
Phone:
03-6275 4070
Email:
[email protected]
Address:
No 28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industrial Park,
52200 Kuala Lumpur, Malaysia.

© 2025 Telaga Biru Digital. All rights reserved